Rabu, 13 April 2016

hati berbicara

Pening dengan dugaan hidup aku, aku tahu setiap manusia mempunyai impian dan cita-cita masing - masing. Begitu juga dengan aku. Aku mempunyai impian untuk berjaya dalam kareer aku tak kira dimana aku berada. aku juga mahu anak - anak aku hidup senang dan bahagia. Tapi apakan daya ....masing - masing mempunyai masalah yang tersendiri. Alhamdulillah aku bahagia bersama suami dan anak - anak aku. Aku harap kebhagian ini akan kekal bersama aku didunia dan akhirat dengan izin Allah. Insyaallah.

masih ada beberapa impian yang tak tercapai, aku sedang usahakan impian tersebut. macam - macam perkara yang aku dengar orang berbicara pasal aku dan suami aku. Tapi aku redha, Tuhan itu maha Adil. Aku simpan dan aku lihat , mulut manusia susah nak ditutup. suka menabur fitnah pada perkara yang bukan - bukan. manusia itu bukannya orang lain, saudara paling dekat. mungkin memang lumrah hidup manusia tak boleh kesenangan orang lain, termasuk kesenangan anak beranak , adik beradik sendiri. itu memang sifat semulajadi manusia yang sukar dikikis.

Buat masa ini, aku masih lagi menunggu panggilan ke Saudi arabia. Insyaallah dalam masa terdekat ini. sekarang aku banyak habiskan masa aku dengan anak - anak aku. Aku akan memulakan memulakan hidup baru, berjauhan dari anak - anak dan suami yang aku kasihi. Semoga segalanya berjalan dengan lancar, dan dipermudahkan segala urusan aku. mungkin selepas pemergian aku akn berbunyi lagi suara - suara sumbang tersebut. Tapi biarlah apapun tanggapan mereka, yang penting aku mendapat restu suami aku. Aku tak perlukan restu orang lain selain dari suami aku. Dan ada juga yang beranggapan, rumah tangga aku bermasalah sebab itu aku membawa diri ke bumi para Anbia tersebut.

Walau apapun , aku redha. Aku harap anak anak dan suami aku akan tabah sepanjang ketiadaan aku. Aku  juga perlukan kesabaran dan ketabahan. berjauhan dengan anak - anak sesuatu yang agak sukar dilakukan. Tuhan kau tabahkan hati aku dan anak - anak serta suami aku. Bumi Riyadh tempat yang baru bagi aku. Aku perlukan kekuatan mental dan fizikal, untuk menghadapi perubahan cuaca , masa dan bahasa. Mungkin sepanjang berada disana aku boleh mendekatkan diri aku dengan Pencipta aku Allah s.w.t. 

Buat anak - anak mama, mama sayangkan kamu semua. penghijrahan mama adalah untuk kamu bertiga. mama mahu kamu semua mendapat yang terbaik dari mama dan papa. mama tahu anak - anak mama kuat. setabah mama dan papa. Walaupun mama berada jauh dari kamu bertiga doa mama sentiasa akan bersama kamu semua. Kamu bertiga sentiasa dekat dengan hati mama. mama akan sentiasa telefon kamu bertiga dan akan sentiasa merindui kamu semua termasuk papa. Love u all so much.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan