Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum... Catatan hari ini, berkisar tentang pengalaman mengerjakan umrah yang pertama bagi diriku. Alhamdulillah Syukur ke hadrat Illahi menjemput diri ku yang kerdil ke rumahNya. Umpama mimpi dalam mimpi, hasrat yang hanya terpendam menjadi kenyataan. alhamdulillah.
Tak tergambar dek kata kata bila teringat kembali pengalaman yang begitu berharga ini. Terharu dan sayu terasa, kerana ak terjangka aku dapat mengerjakan umrah pada usia begini.
Perjalanan kami pada 4/11/16 bertolak ke tanah suci Kota Mekah dari Riyadh dengan menaiki bas pada jam 9.30 pagi. kami mengikuti rombongan hospital jer.. Ini merupakan perjalanan yang agak panjang. Ianya mengambil masa lebih kurang 12 jam.
Sepanjang perjalanan kami, kiri dan kanan jalan dapat kami lihat pemandangan padang pasir yang luas. panas dan jarang jarang kelihatan pokok pokok liar tumbuh melata. Disamping itu, terdapat juga bukit bukit batu dikiri dan kanan jalan berselang seli dengan padang pasir. Dikawasan padang pasir tersebut juka bernasib baik akan dapat melihat khemah khemah yang dibina oleh penduduk nomad yang suka berpindah randah dari satu kawasan ke kawasan lain bersama dengan unta unta mereka.
Ini aje gambar yang dapat diambil sepanjang perjalanan, sebab nya banyak sangat tidur dalam bas. :-)
kami sampai ditempat miqat untuk berniat ihram umrah lebih kurang jam 8 malam. penat sangat terasa. tapi mengenangkan tempat yang kami ingin tuju ini sangat bermakna maka di gagahkan juga badan.
Kami sampai di Tanah Suci Kota Mekah lebih jurang jam 10malam. Daftar masuk hotel, simpan barang barang dan beg, kami terus ke Masjidil haram untuk menunaikan tawaf umrah.
Cukup tak tergambar dengan kata kata saat pertama melihat dan memandang Kaabah. Syukur Alhamdulillah Allah menjemput ku menjadi tetamuNya. Terasa sangat kerdil sangat kecil disisi Nya. Mengalir air mata kesyukuran dan kata kata syukur yang teramat. Sayu hati saat pertama kali memandang, kaku kaki memijak lantai, tak terucap dengan kata kata tak tergambar dengan pandangan mata. Airmata mengalir dengan sendiri tanpa dipinta tanpa disuruh dan tanpa diusik, mengalir dan terus mengalir. Doa pertama saat memandang Kaabah adalah untuk diri sendiri, untuk diampunkan segala dosa yang pernah dilakukan dari dulu, kini dan selamanya.
Selepas solat sunat 2 rakaat, kami melakukan tawaf umrah 7 pusingan. setiap pusingan zikir dan doa dipnjatkan bersama dengan airmata kesyukuran. Ketika tawaf umrah ramai pengunjung yang dari serata dunia, mereka bertolak tolak sesama sendiri untuk bertawaf dan ada yang selesai bertawaf cuba untuk menyentuh kaabah dan mencium Hajarul aswad. Kami tidak berkesempatan, kawasan Hajarul aswad sesak dengan manusia. Apapun Alhamdulillah, selepas selesai tawaf 7 pusingan, kami bersolat Sunat tawaf, betul betul dihadapan pintu kaabah dan Hajarul Aswad.
Selesai sahaja solat sunat kami, kami meminum air zam zam dan terus ke kawasan bukit Safa untuk memulakan saie kami. 7 pusingan saie bermula dari Bukit Safa adan berakhir di bukit Marwah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dengan izin Allah. syukur alhamdulillah.
selepas bersaie kami melakukan syarat seterusnya Umrah, iaitu bertahalul ataupun bergunting di bukit Marwah. maka selesai lah Umrah kami yang pertama. kami selesai semua nya dalam jam 1.30 pg. Alhamdulillah.
Kawasan Bukit Marwah, berbatu kecil. tenang berada disini. sememangnya ketenangan yang sukar untuk dicari ditempat lain. pemandangan yang sangat indah. Sukar untuk dilupakan.
Mungkin rezeki kami, kami berpeluang untuk melihat pintu kaabah dibuka, alhamdulillah. Rezeki dari Allah buat kami pada umrah kami yang pertama. saat yang tidak akan dilupakan sampai bila bila Insha'Allah. Rezeki Allah ada dimana mana. Teruskan berdoa untuk diri sendiri dan keluarga tersayang. Insha'Allah semoga Allah akan mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat kita semua.
Insha'Allah ada rezeki dan keizinan Mu, akan ku jejak lagi kaki ku ke Rumah Mu ya Allah.
Lampu didalam masjidil haram. Cantik.
di dalam masjdil Haram bersama teman teman di Riyadh.
antara kenangan yang tak akan dilupakan. menyentuh dan mencium kaabah. wangi sangat. tak dapat nak digambarkan dengan kata kata.
selepas kami selesai menunaikan rukun umrah, kami ke restoran berhampiran untuk bersarapan, sementara menunggu waktu subuh. Yang bestnya kedai kedai berhampiran dengan masjidil haram, peniaga nya fasih berbahasa melayu, dan rata rata mereka sangat gemar berurusan dengan rakyat Malaysia.
Kami Berada dikota Mekah tak lama cuma 2hari 2malam sahaja. hari ketiga kami pulang ke Riyadh. walaupun begitu pengalaman menunaikan umrah tidak akan dilupakan. ianya tetap akan dikenang sebagai kenagan paling manis dlam hidup, walaupun bersendirian tanpa suami dan anak anak. Insha'Allah jika berkesempatan dan berpeluang dengan izin Allah suami dan anak anak ku akan ku bawa kesini menunaikan umrah bersama sama. Insha'Allah.
Semoga Allah akan mempermudahkan urusan ku suami isteri berserta keluarga ku. Amin ya rabbi alamin.. Insha'Allahm.



