Kurang dari sebulan aku akan menghabiskan sisa perkhidmatan aku dengan Kerajaan Malaysia, terasa sayang untuk meninggalkan rakan rakan yang bersama sama mengharungi susah senang dan gelak riang. Tapi apakan daya, mungkin setakat ini perkhidmatan aku disini. Tapi, aku tetap juga jururawat walaupun bukan berkhidmat untuk negara sendiri. Satu masa nanti aku tetap akan kembali bertugas ditempat asalku. Jasa dan budi baik rakan rakan semua akan ku kenang sampai bila bila. semoga persahabatan kita tetap terjalin.
Bukan membawa diri jauh ketempat orang, tapi bertujuan untuk menimba pengalaman dan ilmu di bumi asing. Bumi kelahiran Rasul agung junjungan kita. Semoga semua urusan aku akan dipermudahkanNya. Terasa bagai masa terlalu cepat berlalu, hampir 11 tahun perkhidmatan dalam Kerajaan, mana mungkin aku lupakan pahit manis perjalanan hidupku sebagai seorang jururawat kerajaan. Adakala dipuji dan ada masa dikeji. Selalu dipandang remeh. Sedangkan yang berlaku sebaliknya. Tapi ini hakikat pekerjaan ku sebabgai jururawat, Aku gembira dengan pekerjaanku. Ini sumber rezeki ku.
Teman teman sentiasa bersama dalam dunia pekerjaan, teman satu perkhidmatan, satu jabatan, satu unit, dan satu wad (Wad 4C). Terima Kasih atas kerjasama yang kalian berikan. Sayang kalian semua.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan