berapa hari lepas,, sedang aku bekerja di shif petang.... akumenerima panggilan dari adik aku mengatakan anak sulong aku muhammad faris najmi pengsan di taman permainan berhampiran dengan rumah...aku bagai x terkata mendengar berita itu..
tanpa memberitahu rakan - rakan sekerja aku yang lain aku terus berlari turun dari aras 4 unit kerja aku terus ke parking kereta...dalam kepala aku hanya ingat anak aku sahaja...
Terkejut hanya tuhan yang tahu...Anakku bagaikan nyawaku... xpernah sepanjang lima tahun usia faris, dia pengsan tiba tiba,,, mahunya tak tercabut jantung aku... waktu aku hanya risaukan keadaan faris...aku memandu kereta macam apa ntah... semua aku main langgar ajer. dalam kereta aku hubungi suami aku bagitauaku balik rumah sebab faris pengsan. keadaan jadi kelam kabut. suami aku juga pulang dengan tergesa - gesa sebab terkejut. kami panik sangat sangat, sampai je dekat rumah aku tengok faris pucat sangat. risau aku. Aku terus angkat dia untuk dibawa ke hospital. nasib baik hospital dekat dengan rumah. Masa aku sampai faris dah boleh bercakap. lega sikit aku rasa.
masa dekat hospital faris semakin sihat dan aktif. Doktor cakap tak ada apa - apa. nasib baik tak kene tahan wad. tapi kene juga la ambik darah. menangis juga faris bila tengok jarum... Jangan la benda macam ni berlaku lagi. mintak selisih sangat sangat. Semoga kedua - dua anak anak aku terus sihat.. dan membesar dengan sempurna.