Sabtu, 29 Jun 2013

Pengalaman tak terkata

berapa hari lepas,, sedang aku bekerja di shif petang.... akumenerima panggilan dari adik aku mengatakan anak sulong aku muhammad faris najmi pengsan di taman permainan berhampiran dengan rumah...aku bagai x terkata mendengar berita itu..
tanpa memberitahu rakan - rakan sekerja aku yang lain aku terus berlari turun dari aras 4  unit kerja aku terus ke parking kereta...dalam kepala aku hanya ingat anak aku sahaja...
Terkejut hanya tuhan yang tahu...Anakku bagaikan nyawaku... xpernah sepanjang lima tahun usia faris, dia pengsan tiba tiba,,, mahunya tak tercabut jantung aku... waktu aku hanya risaukan keadaan faris...aku memandu kereta macam apa ntah... semua aku main langgar ajer. dalam kereta aku hubungi suami aku bagitauaku balik rumah sebab faris pengsan. keadaan jadi kelam kabut. suami aku juga pulang dengan tergesa - gesa sebab terkejut. kami panik sangat sangat, sampai je dekat rumah aku tengok faris pucat sangat. risau aku. Aku terus angkat dia untuk dibawa ke hospital. nasib baik hospital dekat dengan rumah. Masa aku sampai faris dah boleh bercakap. lega sikit aku rasa.

masa dekat hospital faris semakin sihat dan aktif. Doktor cakap tak ada apa - apa. nasib baik tak kene tahan wad. tapi kene juga la ambik darah. menangis juga faris bila tengok jarum... Jangan la benda macam ni berlaku lagi. mintak selisih sangat sangat. Semoga kedua - dua anak anak aku terus sihat.. dan membesar dengan sempurna.

adat bekerja

Aku bekerja sebagai seorang jururawat, berkerja sebagai pasukan. Semalam kerana kecuaian aku seorang rakan sekerja aku dimarahi oleh bos. Aku sedar kekadang kita sebagai manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.. Tiada manusia yang sempurna. aku tahu itu. Tapi bolehkah orng lain menerima kekurangan kita dengan seadanya. Satu kesalahan aku akan diungkit dan diceritakan selama berminggu minggu, kecuaian aku tidak melibatkan nyawa pun, tapi kesalahan dan kecuain mereka aku simpan dan tutup sebaik mungkin. Adilkah begitu, atau aku juga harus jadi seperti mereka mereka yang suka bercerita tentang kesalahan orang lain. 

Kenapa manusia suka sangat bermuka muka, dihadapan cakap lain dan dibelakang lain pula yang dicakapnya. kenapa perlu perkara itu berlaku. kenapa tidak ditegur secara berdepan kan puas hati begitu.
Orang lain pun tak kan makan hati.

Isnin, 18 Mac 2013

Masa

anak - anakku


Terlalu cepat masa berlalu...Dalam 6 tahun tempoh perkahwinan aku dan suamiku mohd Iruan, kami dikurniakan dua orang putera. Kini kedua dua Putera ku semakiaku membesar dan semakin keletah... makin bijak berkata kata dab berbicara. Si Abang  Faris Najmi kini berusia 5 tahun, sekarang sudah bersekolah di Tadika BBIM di TSB sungai Buloh. kini  Along semakin bijak menjawab dan semakin banyak soalan yang ditanya. si adik pula Fairuz Najwan juga tidak ketinggalan, kini usianya hampir mencecah 3 tahun pada bulan jun nanti...si adik juga semakin bijak dan makin nakal.. selalu buat aku dan papa dia terhibur. Kenakalan si adik dan keletah si along selalu menghiburkan aku...walau kadang2 terasa juga stress nyer. kadang kadang aku merasakan mereka terlalu nakal dan menyebabkan tahap kesabaran aku yang sememangya nipis semakin berkurangan. walau bagaimanapun anak anakku tetap penyeri hidup aku dan suami. tanpa mereka mungkin aku akan sunyi... kadang kadang terasa juga untuk menambah anak lagi, tapi bila terfikirkan risiko terhadap aku, aku tangguhkan dulu... teringin juga aku untuk dapatkan anak perempuan sebagai pelengkap keluarga aku dan sebagai teman aku nanti. teman untuk suami aku dah ada dua orang.

Sabtu, 9 Mac 2013

dugaan

hidup ini x semestinya indah...setiap hari kita akan diuji..
ujian akan datang bertimpa timpa keatas setiap insan...xterkecuali diri ini..
setiap ujian harus k ita lalui dengan penuh keredhaan. ujian dan dugaan akan mengajar kita supaya lebih menghargai apa yangada disekeliling kita...

Jumaat, 1 Mac 2013

bosan

hari ni, aku cuti...bosan nyer dok kat umah. nak kuar rasa macam penat.
rasa nak ambik cuti panjang jer...nk rehatkan badan dan otak yg berserabut.
rasa macam berselirat urat dalam otak ni..

Jumaat, 22 Februari 2013

rasa hati

kenapa setiap hari, aku rasa aku semakin jauh dari abah aku. apa salah aku, terlalu banyak yang aku korbankan untuk abah.. tapi semua itu seolah olah lenyap dalam sekelip mata... tak aku nafikan abah juga banyak berkorban untuk aku dari aku masih bayi sehingga aku berkeluarga sendiri... setelah 6 tahun aku bersuami dan hidup bahagia dengan anak anak aku.. aku dapat rasakan abah semakin dingin dengan aku... tak dapat aku bayangkan hidup aku tanpa abah yang garang, tapi penuh dengan kasih sayang....