22 september 2016 selepas habis je waktu kerja terus balik rumah. Bersiap nak ke Airport. Tak sabar nak balik jumpa anak anak. Rindu sesangat.
suasana masa sampai airport King Khaled International airport.
dalam flight.
merah dah mata mengantuk. tapi semangat nak bercuti punya pasal tahan jelah mata. tak sabar nak balik la katakan. hihihi.
tak lama pun dalam flight tu dalam 7jam 35min je. waktu flight dari Riyadh jam 2355H sampai di KLIA jam 1400H 23 september 2016 waktu Malaysia.
lepas keluar dari KLIA sempat la nak bergambar dengan anak anak tersayang. Lepas rindu.
Waktu sampai kat KLIA, semua anak anak macam terkejut tengok ku sampai. Macam dorang tak percaya mama dorang balik. Terus dorang datang peluk. Terharu sangat. menitik gak ar airmata.
Lepas keluar dari KLIA kami terus je menuju ke temat percutian pertama. Tak nak bazirkan masa yang ada. Lagipun anak anak sekolah.



