Rabu, 13 April 2016

Hijrah satu pengorbanan

25 mac 2016 tarikh akhir aku berkhidmat sebagai kakitangan awam. kini aku bergelar seorang penganggur. berpindah dari bandar pulang ke kampung halaman untuk bersama dengan anak anak aku sementara aku masih di sini. Berada di kampung memang seronok, semua ada, sebut aje nak makan apa semua depan mata. tapi aku biasa dengan dunia pekerjaan membuatkan aku bosan berada di rumah.

Anak anak penghibur hati aku. bukan lama pun masa aku dengan mereka, mungkin sebulan atau kurang dari itu waktu untuk aku bersama dengan mereka. selepas ini, aku akan merindui mereka. keputusan yang aku buat adalah untuk kesenangna dan masa depan anak anak aku. walaupun terpaksa berjauhan dengan ketiga tiga permata hati aku. bak kata suami aku, aku kena tabah, ini keputusan yang aku buat. aku kena hadapi walaupun perit. 

buat anak anak mama, faris najmi, fairuz najwan dan faraneesa najla imani, walau apa pun yang terjadi mama tetap sayangkan kamu bertiga. mama harap kamu semua akan faham keadaan ini suatu hari nanti. Doa mama sentiasa bersama dengan kamu semua. Ini semua untuk masa depan kamu bertiga. Kamu semua harta mama yang tak kan ada ganti, harta dunia dan akhirat mama. Biarlah apa pun orang sekeliling mahu berkata, mereka semua tak pernah tahu dan tak kan tahu susah dan senang kita .

Mama dan papa, ada perancangan untuk kita semua, mama sentiasa berdoa semoga perancangan mama dan papa akan diberkati. Insyaallah. semoga keputusan mama ini di berkati dan permudahkan segalanya. Insyaallah demi anak anak mama, mama akan cuba tabahkan hati. semoga semuanya berjalan lancar dengan izin Allah swt. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan