Rabu, 13 April 2016

Hijrah satu pengorbanan

25 mac 2016 tarikh akhir aku berkhidmat sebagai kakitangan awam. kini aku bergelar seorang penganggur. berpindah dari bandar pulang ke kampung halaman untuk bersama dengan anak anak aku sementara aku masih di sini. Berada di kampung memang seronok, semua ada, sebut aje nak makan apa semua depan mata. tapi aku biasa dengan dunia pekerjaan membuatkan aku bosan berada di rumah.

Anak anak penghibur hati aku. bukan lama pun masa aku dengan mereka, mungkin sebulan atau kurang dari itu waktu untuk aku bersama dengan mereka. selepas ini, aku akan merindui mereka. keputusan yang aku buat adalah untuk kesenangna dan masa depan anak anak aku. walaupun terpaksa berjauhan dengan ketiga tiga permata hati aku. bak kata suami aku, aku kena tabah, ini keputusan yang aku buat. aku kena hadapi walaupun perit. 

buat anak anak mama, faris najmi, fairuz najwan dan faraneesa najla imani, walau apa pun yang terjadi mama tetap sayangkan kamu bertiga. mama harap kamu semua akan faham keadaan ini suatu hari nanti. Doa mama sentiasa bersama dengan kamu semua. Ini semua untuk masa depan kamu bertiga. Kamu semua harta mama yang tak kan ada ganti, harta dunia dan akhirat mama. Biarlah apa pun orang sekeliling mahu berkata, mereka semua tak pernah tahu dan tak kan tahu susah dan senang kita .

Mama dan papa, ada perancangan untuk kita semua, mama sentiasa berdoa semoga perancangan mama dan papa akan diberkati. Insyaallah. semoga keputusan mama ini di berkati dan permudahkan segalanya. Insyaallah demi anak anak mama, mama akan cuba tabahkan hati. semoga semuanya berjalan lancar dengan izin Allah swt. 

kehidupan


Errmm...mmg kenyataan dunia hari ini, yang senang akan disanjung dan diingati, yang susah sebelah mata pun tak nak pandang. Tak apa, tuhan tu maha adil. Senang tak selamanya senang. Hidup umpama roda. Sentiasa berpusing. Hari ini mungkin kita susah esok esok akan tiba hari untuk kita senang. Insha Allah.. 

Itu bukan hanya berlaku di dalam dunia televisyen tapi itu hakikat dunia. Yang senang sentiasa menunggu masa menjatuhkan yang susah, yang memerlukan bantuan. Tapi insha Allah yang tabah yang sabar akan mendapat ganjaran masing masing. Hakikat itu juga berlaku pada aku hari ini. Tapi aku tak salahkan sesiapa pun. Aku anggap ini sebagai ujian hidup aku. Semoga Allah sentiasa berikan kesabaran untuk aku. Dan semoga Allah memudahkan segala urusan aku.. 


hati berbicara

Pening dengan dugaan hidup aku, aku tahu setiap manusia mempunyai impian dan cita-cita masing - masing. Begitu juga dengan aku. Aku mempunyai impian untuk berjaya dalam kareer aku tak kira dimana aku berada. aku juga mahu anak - anak aku hidup senang dan bahagia. Tapi apakan daya ....masing - masing mempunyai masalah yang tersendiri. Alhamdulillah aku bahagia bersama suami dan anak - anak aku. Aku harap kebhagian ini akan kekal bersama aku didunia dan akhirat dengan izin Allah. Insyaallah.

masih ada beberapa impian yang tak tercapai, aku sedang usahakan impian tersebut. macam - macam perkara yang aku dengar orang berbicara pasal aku dan suami aku. Tapi aku redha, Tuhan itu maha Adil. Aku simpan dan aku lihat , mulut manusia susah nak ditutup. suka menabur fitnah pada perkara yang bukan - bukan. manusia itu bukannya orang lain, saudara paling dekat. mungkin memang lumrah hidup manusia tak boleh kesenangan orang lain, termasuk kesenangan anak beranak , adik beradik sendiri. itu memang sifat semulajadi manusia yang sukar dikikis.

Buat masa ini, aku masih lagi menunggu panggilan ke Saudi arabia. Insyaallah dalam masa terdekat ini. sekarang aku banyak habiskan masa aku dengan anak - anak aku. Aku akan memulakan memulakan hidup baru, berjauhan dari anak - anak dan suami yang aku kasihi. Semoga segalanya berjalan dengan lancar, dan dipermudahkan segala urusan aku. mungkin selepas pemergian aku akn berbunyi lagi suara - suara sumbang tersebut. Tapi biarlah apapun tanggapan mereka, yang penting aku mendapat restu suami aku. Aku tak perlukan restu orang lain selain dari suami aku. Dan ada juga yang beranggapan, rumah tangga aku bermasalah sebab itu aku membawa diri ke bumi para Anbia tersebut.

Walau apapun , aku redha. Aku harap anak anak dan suami aku akan tabah sepanjang ketiadaan aku. Aku  juga perlukan kesabaran dan ketabahan. berjauhan dengan anak - anak sesuatu yang agak sukar dilakukan. Tuhan kau tabahkan hati aku dan anak - anak serta suami aku. Bumi Riyadh tempat yang baru bagi aku. Aku perlukan kekuatan mental dan fizikal, untuk menghadapi perubahan cuaca , masa dan bahasa. Mungkin sepanjang berada disana aku boleh mendekatkan diri aku dengan Pencipta aku Allah s.w.t. 

Buat anak - anak mama, mama sayangkan kamu semua. penghijrahan mama adalah untuk kamu bertiga. mama mahu kamu semua mendapat yang terbaik dari mama dan papa. mama tahu anak - anak mama kuat. setabah mama dan papa. Walaupun mama berada jauh dari kamu bertiga doa mama sentiasa akan bersama kamu semua. Kamu bertiga sentiasa dekat dengan hati mama. mama akan sentiasa telefon kamu bertiga dan akan sentiasa merindui kamu semua termasuk papa. Love u all so much.