Sabtu, 5 Mac 2016

kenangan bersama

Kurang dari sebulan aku akan menghabiskan sisa perkhidmatan aku dengan Kerajaan Malaysia, terasa sayang untuk meninggalkan rakan rakan yang bersama sama mengharungi susah senang dan gelak riang. Tapi apakan daya, mungkin setakat ini perkhidmatan aku disini. Tapi, aku tetap juga jururawat walaupun bukan berkhidmat untuk negara sendiri. Satu masa nanti aku tetap akan kembali bertugas ditempat asalku. Jasa dan budi baik rakan rakan semua akan ku kenang sampai bila bila. semoga persahabatan kita tetap terjalin.

Bukan membawa diri jauh ketempat orang, tapi bertujuan untuk menimba pengalaman dan ilmu di bumi asing. Bumi kelahiran Rasul agung junjungan kita. Semoga semua urusan aku akan dipermudahkanNya.  Terasa bagai masa terlalu cepat berlalu, hampir 11 tahun perkhidmatan dalam Kerajaan, mana mungkin aku lupakan pahit manis perjalanan hidupku sebagai seorang jururawat kerajaan. Adakala dipuji dan ada masa dikeji. Selalu dipandang remeh. Sedangkan yang berlaku sebaliknya. Tapi ini hakikat pekerjaan ku sebabgai jururawat, Aku gembira dengan pekerjaanku. Ini sumber rezeki ku. 

Teman teman sentiasa bersama dalam dunia pekerjaan, teman satu perkhidmatan, satu jabatan, satu unit, dan satu wad (Wad 4C). Terima Kasih atas kerjasama yang kalian berikan. Sayang kalian semua.

 


Bicara hati

Lama tak lama la juga blog aku sepi kan.
dalam diam tak diam, ketiga - tiga anak aku semakin membesar. walaupun mereka tak memahami apa yang terjadi dan akan terjadi, aku tetap mencuba untuk membuatkan mereka memahami keadaan yang akan berlaku. sekarang along dan angah berada di kampung aku dibawah jagaan adik beradik aku. itu semua aku lakukan untuke persedian mereka bagi membiasakan diri mereka dengan ketiadaan aku nanti.

Ku tetap dengan keputusan aku, menerima tawaran kerja di Hospital di Riyadh, Saudi Arabia. Keputusan ini, aku buat demi masa depan mereka bertiga. Aku ingin melihat anak anak aku membesar tanpa masalah dan semua keinginan mereka aku cuba untuk penuhi. Aku tahu agak sukar untuk mereka menerima pada peringkat awal begini, dan aku juga tahu aku akan merindui mereka nanti.