Jumaat, 13 November 2015

Hari ni pagi2 lagi pakcik aku tepon..tanya pasal keputusan aku nak kerja kat saudi tu. Kenapa tiba2 je semua orang nak sibuk2 pasal keputusan. Salah ke kalau aku nak pergi kerja kat sana kalau tawaran yang datang tu lebih baik dari apa yang ada sekarang. Cuma aku perlu korbankan hati dan perasaan aku untuk tinggalkan anak2 aku buat sementara waktu. Aku pergi bukan xnak balik pun. Aku pergi untuk kehidupan yang lebih baik dihari hari yang mendatang.
Aku tak nak tengok anak2 aku susah. Aku rela korban diri aku untuk anak2. Kepergian aku hanya untuk sementara. Aku akan pulang untuk bersama2 dengan anak2 dan suami aku nanti. Aku sayangkan mereka semua. Mereka nyawa aku. Harta aku dunia akhirat. Aku harap apa yang aku lakukan ini akan dapat keredhaan dari Illahi. Inshaallah. Semoga semuanya akan dipermudahkan...

Ahad, 8 November 2015

Assalamualaikum... wah dah lama rasanya x update apa apa kat blog, mcm dah bersawang dh rasanya blogku ini.
    Sepanjang aku menyepi macam yang yang dah berlaku dalam perjalanan hidup aku sebagai seorang anak, isteri, ibu dan juga dalam kerjaya aku sebagai jururawat.
    Diam tak diam dah 10 tahun aku berkhidmat sebagai seorang jururawat U29. Mempunyai satu pos basik sebagai base perkhidmatan aku dalam bidang kejururawatan. Aku memilih bidang kaunseling iaitu kaunseling HIV/AIDs. Semoga aku akan terus dapat membantu pesakit pesakit hiv memahami tentang penyakit mereka dan rawatan yang akan diberikan terhadap mereka. Juga semoga aku sentiasa dilindungi dan diberkati olehNya.
with my lovely husband.. Mohd Iruan bin Mohd Yusof.

     Diam tak diam juga sudah masuk lapan tahun aku bergelar seorang isteri. Isteri kepada En Mohd Iruan bin Mohd Yusof.. semoga rumah tangga kita akan sentiasa dilimpahkan dengan kebahagian didunia dan juga diakhirat. Semoga kita akan senantiasa bahagia. Terima kasih juga kerana memahami kerjaya isterimu ini, yang sentiasa bekerja tidak kira waktu. Mama harap Papa akan sentiasa doakan kejayaan mama dalam kerjaya mama. Sentiasa doakan keselamatan mama sepanjang mama menjalankan tugas mama. Mama sayangkan papa sentiasa.

ini along...mudah dikenali.

     Dalam diam tak diam juga sepanjang hampir lapan tahun bergelar isteri, aku sudah dikurniakan tiga cahaya mata, anak sulong aku mohammad Faris Najmi bin Mohd Iruan, sudah berusia 7 tahun. Sekarang berada di tahun satu alam persekolahan. semoga along akan sentiasa berjaya dalam pelajaran Along. Along seorang anak yang bijak dan pandai berdikari. Sangat mudah bergaul dan sangat sensitif, mudah merajuk dan tak boleh ditegur, akan cepat menangis.

 with my family...husband, 2 sons and my only daughter.

Anak kedua aku, Mohammad Fairuz Najwan bin Mohd iruan, sangat aktif. sekarang berusia 5 tahun dah mula bersekolah disekolah tadika. Sangat taksub dengan cikgu. Semu kata - kata cikgu dituruti, bila ibu yang bersuara semua tak betul. Sangat manja, mungkin kerana diusia 4 tahun baru angah dapat adik. Angah seorang yang ceria, aktif dan manja. Sangat suka bertanya itu dan ini. Mungkin sifat anak kedua kot aktif dan banyak cakap.

Ini Angah..hensem kan.

Anak ketiga dan bongsu aku, perempuan. Satu - satu bunga penyejuk mata mama dan papa Nur Faraneesa Najla Imani binti Mohd Iruan. Panjangkan namanya. Neesa anak manja maklum lah bongsu la kan. tak de adik, semua yang dia nak kena ikut, kalau tak meraung la dia. Baru berusia setahun. tapi badan nampak macam usia 2 tahun. petah berkata kata. kata papanya ikut mama dia la banyak mulut... hihihi.. betul ker???
neesa suka teddy bear...dah bersusun bear dan patung2 dia.. puas kemas disepahkan nya juga. Suka sangat mengusik along dan angah dia. Nakal dan comel. hihihi..


ini faraneesa najla imani...si comel kesayangan....mama dan papa

semoga ketiga - tiga anak mama akan membesar menjadi anak yang soleh dan solehah. Doa mama dan papa akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup ketiga - tiga anak mama. mama dan papa sayangkan kamu bertiga.
Along, Angah dan Adik harta dunia dan Akhirat mama. Inshaallah..

Love all of u....with love mama.

Wah dah bersawang rupanya blok aku... Nampak sangat dah lama aku update kn.
Dah lama sangat rasanya x menulis, rindu memang ada..tapi ada saja kekangan yang menghalang akuuntuk berada lama dalam blog..
   Hari ini aku menulis untuk meluahkan rasa. Tak berapa lama lagi aku akan meninggalkan bumi malaysia tempat kelahiran aku. Aku juga terpaksa meninggalkan keluarga tersayang demi masa depan anak anak aku.
Aku akan memulakan kehidupan baru sendirian tanpa suami dan anak - anak yang pasti akan aku rindui. Aku akan ke bumi Saudi. Satu keputusan yang amat mengejutkan semua orang aku rasa. Tapi itu adalah yang terbaik buat masa ini.
   Buat anak - anak mama, mama pergi untuk sementara waktu. Mama akan pulang untuk kamu semua dan untuk papa juga. Februari akan tiba, saat ini terasa waktu sangat cepat berlalu. Semua urusan untuk memulakan kerjaya sebagai seorang Jururawat di bumi Riyadh, Saudi Arabia hampir selesai. Semoga segalanya dipermudahkan, dan aku akan dilindungi dari segala kekhilafan jika ada.
   Dalam membuat keputusan terbayang wajah anak - anak yang akan aku tinggalkan buat sementara waktu.


anak - anak mama.. along, angah dan adik, mama sangat sayangkan kamu semua. semoga kamu semua akan dilindungi dari segala malapetaka sepanjang peninggalan mama. mama akan pulang setiap 3 bulan untuk bersama dengan kamu semua. semoga kamu tidak akan melupakan mama.
    Kata seorang teman yang pernah aku kenali, "Hijrah satu Pengorbanan" mungkin betul, aku dan keluarga aku perlu berhijrah untuk mengubah masa depan kami. Buat masa aku serahkan segala -galanya kepada ketentuan Illahi. semoga apa yang aku lakukan ini akan diredhai Illahi dan semoga dipermudahkan segala urusan aku didunia dan diakhirat kelak. Inshaallah...amin ya rabbil alamin...