Tanggal 3 june 2016 tarikh aku meninggalkan keluarga, anak anak, suami seta tanah air tercinta. Untuk berbakti dibumi Saudi mencari pengalaman dan pendapatan yang lebih baik dari ditempat kelahiran sendiri.
gambar sewaktu bersama suami tercinta di KLIA. 3/6/2016. teima kasih buat suami tersayang yang sanggup memberi izin buat isterimu ini, mencari pengalaman ditempat baru. Inshaallah kasih mama tak kan berubah.
berlepas dari KLIA jam 3pm tiba di Lapangan terbang Riyadh selepas 8jam didalam flight...penat.
waktu ketibaan di Riyadh 5.30 pm waktu Saudi bersamaan dengan 10.30 mlm waktu Malaysia.
setelah berjam menunggu tiba lah meet and greet person. hampir jam 9mlm baru muncul. kami dihantar ke kediaman yang ditetapkan dalam kawasan hospital. (King Abdulaziz Medical City - Riyadh ). sangat menabjubkan suasana pada waktu malam.
Alamak sayangnya gambar dah terdeleted.
kami diberikan rumah. Satu rumah dua orang penghuni, sangat besar dan kelihatan seperti hotel.
kediaman yang disediakan untuk kami staf baru, selesa sangat. lebih dari mencukupi. Alhamdulillah.
InshaAllah akan besambung lagi.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan