Kini hampir 5 bulan aku berada dibumi Saudi ini, macam macam perasaan yang ada. Rindu pada suami dan anak anak tak payah nk cerita la, boleh dikatakan hampir setiap hari dikala bersendirian air mata pasti akan menitik. tapi ini pilihan yang aku buat untuk mengubah masa depan aku dan keluarga. aku harus kuat demi mereka. InshaAllah semoga Allah sentiasa melindungi aku dan keluarga aku.
Bekerja dibumi asing tidak sama seperti di tempat sendiri. Perbezaan bahasa menjadi cabaran yg besar untuk aku. sekarang aku cuba untuk belajar bahasa arab Riyadh. yang bunyinya macam bahasa hindi pun ada. Apapun ianya tetap cabaran.
Disini aku bekerja dengan Nurses dari seluruh dunia. Worldwide nurse is here. Nurses dari 60 negara berkhidmat di bumi Saudi ini. Mahu tak bangga kan. International kot. itu pun cabaran juga. Macam macam bahasa boleh dengar. Seronok tu memang seronok, tapi semua itu tak kan sama dengan negara sendiri. Hidup sekarang terlalu sukar jika tiada sebarang pengorbanan.
Cabaran lain yang selalu aku dengar adalah buah mulut orang yang tak tahu hujung pangkal cerita. tahu buat cerita dan buat mulut mengata sesuka hati. Memang lumrah hidupkan..manusia suka mengata dari menolong. Seronok melihat kesusahan orang lain. susah hati dengan kelebihan orang lain. sedangkan diri sendiri malas berusaha, malas berubah.
Apapun demi anak anak aku tetap akan bersabar dan bersabar. Berusaha kearah yang lebih baik. InshaAllah. Semoga apa yang aku lakukan akan mendapat keredhaan dari Allah swt. amin..ya rabbi alamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan