Jumaat, 13 November 2015

Hari ni pagi2 lagi pakcik aku tepon..tanya pasal keputusan aku nak kerja kat saudi tu. Kenapa tiba2 je semua orang nak sibuk2 pasal keputusan. Salah ke kalau aku nak pergi kerja kat sana kalau tawaran yang datang tu lebih baik dari apa yang ada sekarang. Cuma aku perlu korbankan hati dan perasaan aku untuk tinggalkan anak2 aku buat sementara waktu. Aku pergi bukan xnak balik pun. Aku pergi untuk kehidupan yang lebih baik dihari hari yang mendatang.
Aku tak nak tengok anak2 aku susah. Aku rela korban diri aku untuk anak2. Kepergian aku hanya untuk sementara. Aku akan pulang untuk bersama2 dengan anak2 dan suami aku nanti. Aku sayangkan mereka semua. Mereka nyawa aku. Harta aku dunia akhirat. Aku harap apa yang aku lakukan ini akan dapat keredhaan dari Illahi. Inshaallah. Semoga semuanya akan dipermudahkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan