Ahad, 8 November 2015

Assalamualaikum... wah dah lama rasanya x update apa apa kat blog, mcm dah bersawang dh rasanya blogku ini.
    Sepanjang aku menyepi macam yang yang dah berlaku dalam perjalanan hidup aku sebagai seorang anak, isteri, ibu dan juga dalam kerjaya aku sebagai jururawat.
    Diam tak diam dah 10 tahun aku berkhidmat sebagai seorang jururawat U29. Mempunyai satu pos basik sebagai base perkhidmatan aku dalam bidang kejururawatan. Aku memilih bidang kaunseling iaitu kaunseling HIV/AIDs. Semoga aku akan terus dapat membantu pesakit pesakit hiv memahami tentang penyakit mereka dan rawatan yang akan diberikan terhadap mereka. Juga semoga aku sentiasa dilindungi dan diberkati olehNya.
with my lovely husband.. Mohd Iruan bin Mohd Yusof.

     Diam tak diam juga sudah masuk lapan tahun aku bergelar seorang isteri. Isteri kepada En Mohd Iruan bin Mohd Yusof.. semoga rumah tangga kita akan sentiasa dilimpahkan dengan kebahagian didunia dan juga diakhirat. Semoga kita akan senantiasa bahagia. Terima kasih juga kerana memahami kerjaya isterimu ini, yang sentiasa bekerja tidak kira waktu. Mama harap Papa akan sentiasa doakan kejayaan mama dalam kerjaya mama. Sentiasa doakan keselamatan mama sepanjang mama menjalankan tugas mama. Mama sayangkan papa sentiasa.

ini along...mudah dikenali.

     Dalam diam tak diam juga sepanjang hampir lapan tahun bergelar isteri, aku sudah dikurniakan tiga cahaya mata, anak sulong aku mohammad Faris Najmi bin Mohd Iruan, sudah berusia 7 tahun. Sekarang berada di tahun satu alam persekolahan. semoga along akan sentiasa berjaya dalam pelajaran Along. Along seorang anak yang bijak dan pandai berdikari. Sangat mudah bergaul dan sangat sensitif, mudah merajuk dan tak boleh ditegur, akan cepat menangis.

 with my family...husband, 2 sons and my only daughter.

Anak kedua aku, Mohammad Fairuz Najwan bin Mohd iruan, sangat aktif. sekarang berusia 5 tahun dah mula bersekolah disekolah tadika. Sangat taksub dengan cikgu. Semu kata - kata cikgu dituruti, bila ibu yang bersuara semua tak betul. Sangat manja, mungkin kerana diusia 4 tahun baru angah dapat adik. Angah seorang yang ceria, aktif dan manja. Sangat suka bertanya itu dan ini. Mungkin sifat anak kedua kot aktif dan banyak cakap.

Ini Angah..hensem kan.

Anak ketiga dan bongsu aku, perempuan. Satu - satu bunga penyejuk mata mama dan papa Nur Faraneesa Najla Imani binti Mohd Iruan. Panjangkan namanya. Neesa anak manja maklum lah bongsu la kan. tak de adik, semua yang dia nak kena ikut, kalau tak meraung la dia. Baru berusia setahun. tapi badan nampak macam usia 2 tahun. petah berkata kata. kata papanya ikut mama dia la banyak mulut... hihihi.. betul ker???
neesa suka teddy bear...dah bersusun bear dan patung2 dia.. puas kemas disepahkan nya juga. Suka sangat mengusik along dan angah dia. Nakal dan comel. hihihi..


ini faraneesa najla imani...si comel kesayangan....mama dan papa

semoga ketiga - tiga anak mama akan membesar menjadi anak yang soleh dan solehah. Doa mama dan papa akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup ketiga - tiga anak mama. mama dan papa sayangkan kamu bertiga.
Along, Angah dan Adik harta dunia dan Akhirat mama. Inshaallah..

Love all of u....with love mama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan