Aku bekerja sebagai seorang jururawat, berkerja sebagai pasukan. Semalam kerana kecuaian aku seorang rakan sekerja aku dimarahi oleh bos. Aku sedar kekadang kita sebagai manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.. Tiada manusia yang sempurna. aku tahu itu. Tapi bolehkah orng lain menerima kekurangan kita dengan seadanya. Satu kesalahan aku akan diungkit dan diceritakan selama berminggu minggu, kecuaian aku tidak melibatkan nyawa pun, tapi kesalahan dan kecuain mereka aku simpan dan tutup sebaik mungkin. Adilkah begitu, atau aku juga harus jadi seperti mereka mereka yang suka bercerita tentang kesalahan orang lain.
Kenapa manusia suka sangat bermuka muka, dihadapan cakap lain dan dibelakang lain pula yang dicakapnya. kenapa perlu perkara itu berlaku. kenapa tidak ditegur secara berdepan kan puas hati begitu.
Orang lain pun tak kan makan hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan