Isnin, 18 Mac 2013

Masa

anak - anakku


Terlalu cepat masa berlalu...Dalam 6 tahun tempoh perkahwinan aku dan suamiku mohd Iruan, kami dikurniakan dua orang putera. Kini kedua dua Putera ku semakiaku membesar dan semakin keletah... makin bijak berkata kata dab berbicara. Si Abang  Faris Najmi kini berusia 5 tahun, sekarang sudah bersekolah di Tadika BBIM di TSB sungai Buloh. kini  Along semakin bijak menjawab dan semakin banyak soalan yang ditanya. si adik pula Fairuz Najwan juga tidak ketinggalan, kini usianya hampir mencecah 3 tahun pada bulan jun nanti...si adik juga semakin bijak dan makin nakal.. selalu buat aku dan papa dia terhibur. Kenakalan si adik dan keletah si along selalu menghiburkan aku...walau kadang2 terasa juga stress nyer. kadang kadang aku merasakan mereka terlalu nakal dan menyebabkan tahap kesabaran aku yang sememangya nipis semakin berkurangan. walau bagaimanapun anak anakku tetap penyeri hidup aku dan suami. tanpa mereka mungkin aku akan sunyi... kadang kadang terasa juga untuk menambah anak lagi, tapi bila terfikirkan risiko terhadap aku, aku tangguhkan dulu... teringin juga aku untuk dapatkan anak perempuan sebagai pelengkap keluarga aku dan sebagai teman aku nanti. teman untuk suami aku dah ada dua orang.

1 ulasan: